fbpx

MB Kedah negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dan tiga Exco kerajaan negeri Kedah yang menjalani ujian saringan Covid-19 di Wisma Darul Aman di sini semalam disahkan negatif wabak itu.

Tiga Exco kerajaan negeri itu ialah Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman, Datuk Mohd. Najmi Ahmad dan Romani Wan Salim.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan ujian saringan Covid-19 itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang.

“Ujian saringan yang turut dilakukan ke atas seramai 52 lagi individu melibatkan pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan sebilangan pimpinan Pas negeri juga negatif,” katanya.

Kata kenyataan itu, kesemua yang disaring hadir pada program penyerahan sumbangan Pas Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman.

“Sebagai langkah penjagaan diri, Dr. Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Menteri Besar Kedah merupakan antara 56 individu yang melakukan ujian saringan Covid-19 di Wisma Darul Aman di sini kelmarin.

Ujian saringan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kehadiran seorang individu disahkan positif pada program yang dihadiri Muhammad Sanusi di Wisma Darul Aman pada 14 September lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI