fbpx

Malaysia sertai Covax untuk dapatkan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan menyertai Covax atau Covid-19 Vaccine Global Access bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin yang diperlukan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan berkata, pendekatan Malaysia dengan menyertai Covax akan memastikan negara mendapat bekalan vaksin mencukupi pada kadar segera dengan harga yang berpatutan apabila vaksin tersebut terbukti selamat dan berkesan.

Menurutnya, kerajaan juga menjalinkan kerjasama strategik dengan negara lain dan berunding terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal bagi mendapatkan sebahagian bekalan vaksin Covid-19.

“Kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia dengan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI) yang mengendalikan Covax,” katanya di sini hari ini.

MOSTI berkata, kerajaan juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) serta perjanjian Government to Government (G2G) bersama kerajaan China.

Katanya, ia adalah bagi mendapatkan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di negara tersebut.

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyelaraskan perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia,” katanya.

MOSTI berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan juga telah menandatangani Non Disclosure Agreement dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa yang sedang menguji vaksin Covid-19 di peringkat fasa ketiga untuk berunding bekalan vaksin yang bakal mendapat kelulusan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI