fbpx

Warga emas maut dalam kebakaran rumah teres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Telok Molek, Butterworth hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas ditemui maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Telok Molek, Butterworth di sini pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Azali Saad, 64.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 6.33 pagi.

“Seorang mangsa yang teperangkap di dalam bilik di tingkat atas dijumpai meninggal dunia.

“Kebakaran itu memusnahkan 70 peratus bahagian bilik dan peratusan kemusnahan keseluruhan adalah kira-kira 25 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI