fbpx

Hamilton anggap mimpi menjadi nyata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON bakal menyamai rekod Schumacher sekiranya berjaya meraih kemenangan pada GP Rusia nanti. – AFP

LONDON – Ketika Michael Schumacher mengumumkan untuk bersara daripada perlumbaan F1 pada tahun 2012 dengan 91 kemenangan, tiada siapa menjangka rekod tersebut mampu dileburkan.

Bagaimanapun, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton yang meraih kemenangan ke-90 di Mugello baru-baru ini berpeluang untuk menyamai rekod tersebut sekiranya dia muncul juara di Grand Prix (GP) Rusia pada 27 September nanti.

Hamilton menegaskan dia tidak sangka mampu mengejar prestasi legenda F1 tersebut dan kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod tersebut.

“Rasanya seperti dalam mimpi. Tentu saja ia merupakan penghargaan untuk berada di posisi ini dan mempunyai pasukan serta jentera yang sentiasa tampil dengan aksi yang cukup luar biasa.

“Saya bersyukur mempunyai sokongan pasukan yang sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Untuk meraih kemenangan bukan mudah terutama ketika anda mempunyai rakan sepasukan seperti Valtteri Bottas yang sentiasa memberi tekanan kepada saya sepanjang minggu.

“Saya benar-benar tidak sangka mampu mengejar rekod milik Schumacher dan saya gembira dengan kejayaan yang dicapai bersama Mercedes ketika ini,” kata Hamilton.

Selain berpeluang menyamai rekod Schumacher, Hamilton juga berpeluang untuk menjadi juara dunia ketujuh selepas mengumpul 190 mata dengan enam kemenangan sepanjang tahun ini.
Hamilton meninggalkan rakan sepasukannya, Bottas di kedudukan kedua dengan perbezaan 55 mata ketika perlumbaan kini hanya berbaki lapan pusingan sahaja sebelum tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI