fbpx

Elak bayar cukai, wanita ditahan seludup anak pokok hiasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak pokok hiasan yang cuba diseludup masuk ke negara ini dan sebuah MPV jenis Chery Easter dirampas dalam serbuan PGA Batalion 7 di pangkalan haram Pok Mat, Rantau Panjang.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Gara-gara mahu mengelak daripada membayar cukai, seorang wanita dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 selepas menyeludup masuk anak pokok hiasan bernilai RM3,750 di pangkalan haram Pok Mat, Lubok Gong di sini semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu yang merupakan seorang peniaga ditahan oleh anggota PGA ketika cuba menyeludup masuk 11 kotak yang mengandungi 300 anak pokok itu secara haram ke negara ini melalui Sungai Golok pada pukul 4.30 petang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintanden Azhari Nusi berkata, selain anak-anak pokok itu, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Chery Easter yang digunakan untuk membawa tumbuhan tersebut.

Menurutnya, sebelum tangkapan dijalankan, sepasukan anggota PGA telah melakukan pemerhatian selepas menerima maklumat mengenai kegiatan itu.

“Hasil pemerhatian yang dijalankan, kita telah mengesan seorang lelaki yang menaiki perahu telah memunggah kotak-kotak berwarna coklat ke dalam sebuah kenderaan yang berada di kawasan berkenaan.

“Anggota PGA telah telah bertindak memeriksa kenderaan tersebut dan mendapati seorang wanita berada di dalamnya. Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan sebanyak anak pokok yang disimpan di dalam 11 buah kotak,” katanya.

Azhari berkata, siasatan mendapati, tindakan wanita itu menyeludup masuk anak pokok itu ke negara ini kerana mahu mengelak daripada membayar cukai.

Tambahnya, kesemua barang rampasan termasuk suspek telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Sekyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI