fbpx

Ditegur tiada baby bump, suami Scha Al Yahya beri jawapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Instagram awalashaari yang menunjukkan gambar perut isterinya, Scha Al Yahya yang semakin membesar.

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menutup persoalan tentang perut isterinya yang sedang hamil apabila memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan perut Scha Al Yahya yang semakin membesar.

Menerusi kemas kini tersebut, Awal menulis kapsyen yang memberitahu dia dapat melihat anak keduanya yang kini berusia lima bulan dalam kandungan.

“Peek A Boo. ‘Daddy’ boleh nampak awak,” tulis kapsyen berkenaan.

Terdahulu, rata-rata netizen meninggalkan komen mengatakan foto yang dimuat naik oleh Scha di laman Instagram tidak menunjukkan dirinya sedang hamil kerana tiada perubahan ketara pada perutnya.

Tidak kurang juga ramai yang meneka aktres itu sedang mengandung anak lelaki kerana bentuk perutnya untuk kehamilan kali ini.

Awal bulan lalu, pasangan yang terkenal dengan jolokan Schawal ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua awal tahun hadapan.

Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI