fbpx

6 diberkas lakukan samun, pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupiah Abd. Wahid

JOHOR BAHRU – Empat lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan bersenjata di Jalan Cengkerik, Tampoi di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 37 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru Utara.

“Hasil serbuan ini kita berjaya merampas tiga unit telefon bimbit, dua buah kereta, tiga helai baju, pelitup muka dan satu pisau lipat serta wang tunai RM45 dipercayai baki hasil samun.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku melakukan samun berkumpulan bersenjata di Jalan Cengkerik,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rupiah berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada empat suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Rupiah berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 27 tahun di Seri Alam dan Johor Bahru Utara.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan pada pukul 12.40 tengah malam Khamis lalu disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini.

“Ekoran tangkapan ini, polis merampas dua unit beg dan dua laptop serta sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan itu.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,”katanya.

Rupiah berkata, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI