fbpx

20 kes positif, Kluster Bakau pula dikesan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 merekodkan 20 kes termasuk Kluster Bakau di Semporna, Sabah menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,167.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lapan kes di Sabah dengan satu daripadanya di Kluster Bakau membabitkan kontak rapat kepada kes indeks iaitu wanita warga Filipina (kes ke-10,145) yang merupakan kes kematian ke-129 semalam.

“Dua lagi kes positif bagi kluster ini dikenal pasti selepas saringan kontak rapat dibuat berikutan saringan mendapati kes indeks yang meninggal semalam positif Covid-19.

“Kes positif tersebut melibatkan seorang warga Malaysia dan seorang warga Filipina serta telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, satu lagi kes baharu dilaporkan dalam Kluster Benteng LD, tiga kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna dan satu kes jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di Hospital Tawau.

Menurutnya, kes baharu lain di Sabah ialah satu kes saringan prapembedahan di Hospital Keningau dan satu kes saringan komuniti di Tawau.

“Di Kedah pula terdapat sembilan kes baharu dilaporkan iaitu lapan kes daripada Kluster Sungai dan satu kes SARI di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, satu kes kematian ke-130 dilaporkan di Kedah membabitkan lelaki warga emas berusia 82 tahun mempunyai latar belakang penyakit strok serta sukar bergerak sendiri sejak Mac lepas akibat patah tulang utama di kaki.

Katanya, lelaki tersebut dikesan sebagai kontak rapat kepada anak dan cucunya yang merupakan kes positif dalam Kluster Sungai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 5.45 petang semalam,” katanya.

Sementara itu, tiga kes import dilaporkan melibatkan dua warga Malaysia dan seorang warga asing yang mendapat jangkitan dari New Zealand, Qatar dan India. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI