fbpx

147 individu tidak patuh SOP dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Soffian

GEORGE TOWN – Seramai 147 individu dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000 dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selama lima hari sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di tujuh premis di sekitar Lebuh Pantai, Lebuh Gereja, Lebuh Nordin, Jalan Penang, Jalan Pintal Tali dan Persiaran Gurney.

“Hasil operasi, seramai 99 lelaki dan 48 wanita dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti yang dilarang dalam tempoh PKPP.

“Selain itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis di dua lokasi berasingan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen

yang sah dan lesen hiburan telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut melakukan ujian saringan awal air kencing secara rawak ke atas 37 individu termasuk tujuh wanita dan dapati keputusan negatif bagi kesemuanya.

“Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut mengeluarkan notis penutupan operasi perniagaan selama tujuh hari ke atas lima premis yang didapati tidak mengikut SOP.

“Sebuah premis telah dikenakan notis menghentikan aktiviti hiburan dengan serta merta dan dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan restoran tanpa lesen yang sah oleh MBPP,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI