fbpx

Tragedi beracun balik Pulau Jerejak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Fariesha (duduk, kiri) dan Nor Adilah (duduk, kanan), Ayuni Shazwanie (belakang, kiri) dan Nor Aqilah bergambar kenangan ketika mengunjungi Pulau Jerejak sebelum tiga daripada mereka maut akibat terhidu asap karbon monoksida di Seberang Perai baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Tindakan empat sahabat berehat seketika di dalam kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey de­ngan enjin terpasang di sebuah stesen minyak mengundang padah apabila tiga daripada mereka maut akibat terhidu gas karbon monoksida kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 malam di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh di sini itu mengakibatkan Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Mohd. Safwan maut. Kesemua mereka berusia 21 tahun.

Seorang lagi rakan mereka yang juga kembar Nor Adilah, Nor Aqilah, 21, kini kritikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Kesemua pelajar jurusan farmasi di sebuah kolej swasta di Batu Caves, Selangor itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani, Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak dekat sini sempena cuti Hari Malaysia.

Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie disahkan meninggal dunia pada pukul 1 dan 1.40 pagi pagi, manakala dan Nor Adilah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak pada pukul 4.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisio­ner Shafee Abd. Samad berkata, Ayuni Shazwanie sempat menghantar mesej kepada ibunya pada pukul 9.15 malam bagi memaklumkan mereka berhenti di stesen minyak itu untuk berehat seketika.

“Namun, sehingga pukul 11 malam mereka masih belum tiba menyebabkan bapanya pergi ke stesen minyak untuk mencari mereka dan mendapati MPV berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan semua pintu tertutup.

“Bapa mangsa kemudian menghubungi pihak polis selepas menemui keempat-empat mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam MPV tersebut,” katanya kepada pemberita semalam.

Tambahnya, kesemua mangsa merupakan rakan baik dan sedang menunggu untuk majlis konvokesyen.

Menurut Shafee, semakan te­levisyen litar tertutup di lokasi kejadian mendapati kenderaan yang mereka dinaiki tiba di kawasan parkir kira-kira pukul 8.30 malam dan terdapat pergerakan keluar untuk membeli makanan sebelum mereka masuk semula ke dalam MPV itu.

Sementara itu, Shafee berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat kebocoran pada ekzos MPV itu.

“Seorang juruteknik yang me­lakukan pemeriksaan mendapati ekzos tersebut mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

“Kebocoran tersebut menyebabkan asap disedut masuk ke dalam dalam MPV itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI