fbpx

Mood Messi sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak dua gol ketika membantu Barcelona menewaskan Girona pada aksi persahabatan awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Barcelona diramal kembali mencabar kejua­raan La Liga musim ini selepas dirundum episod malang dan beberapa siri kontroversi yang melanda pasukan itu sejak kebelakangan ini.

Ia selepas The Catalan kini dilihat ‘berwajah baru’ dengan percaturan strategi dan taktikal ketua jurulatih pasukan itu, Ronald Koeman dalam kemenangan 3-1 ke atas Girona dalam aksi persahabatan di Stadium Camp Nou awal pagi semalam.

Lebih menarik, bintang Barcelona, Lionel Messi yang sebelum ini beria-ia mahu meninggalkan gergasi Sepanyol itu sebelum mengubah keputusannya, berjaya me­nemui prestasi terbaik dengan
meledak dua gol dalam aksi tersebut.

Bukan itu sahaja, Philippe Coutinho yang kembali bersama mereka selepas tamat tempoh pinjaman dengan juara Eropah, Bayern Munich turut mencatat nama selaku penja­ring gol ke atas skuad divisyen kedua Sepanyol tersebut.

“Saya sentiasa mahukan skuad yang mempunyai jentera serangan dan boleh bermain banyak posisi di atas padang. Inilah sebab utama saya cuba melakukan perubahan (taktikal permainan).

“Pihak lawan akan berdepan kesukaran menentang kami kerana Coutinho, (Antoine) Griezmann dan Messi boleh bermain di mana-mana di bahagian serangan. Saya gembira
dengan situasi sekarang,” kata Koeman.

Barcelona akan menutup kempen pramusim menentang Elche untuk merebut trofi Joan Gamper sebelum memulakan kempen La Liga musim ini menentang Villarreal di Stadium Camp Nou pada 27 September ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI