fbpx

Masalah kecederaan ‘hantui’ skuad Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Melaka, Muhammad Firdaus Omar (dua dari kiri) dan kapten Selangor, Raja Norsharina Raja Shahbudin (dua dari kanan) memegang Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional semalam.

JUARA bertahan, Melaka berdepan tugas sukar untuk mempertahankan gelaran ­Piala Tun Abdul Razak selepas dilanda­ masalah kecederaan menjelang saingan yang akan membuka tirainya di Stadium Hoki Nasional, Buki Jalil hari ini.

Melaka hampir pasti kehila­ngan dua pemain remaja kebangsaan, Adam Aiman Mamat dan Mohd. Hafizi Zainuddin selain masih menanti status pemain pasukan senior negara, Mohd. Faid Farhad Mohamad Shah, juga kerana masalah kecederaan.

Bukan itu sahaja, ketua jurulatih Melaka, Azrul Effendy Bistamam juga bimbang de­ngan aspek kecergasan barisan pemainnya berdasarkan penilaiannya daripada empat perlawanan persahabatan baru-baru ini.

“Kami ada tiga pemain kebangsaan dan tiga daripada skuad remaja tetapi ada daripada mereka yang mengalami kecederaan. Sekarang kami hilang beberapa pemain daripada skuad tahun lalu untuk saingan musim ini.

“Persiapan telah berjalan empat minggu dan kami juga bermain empat aksi persahabatan. Secara keseluruhan, saya sedikit risau dengan tahap kecergasan pemain,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasio­nal, Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, kapten Me­laka, Muhammad Firdaus Omar tetap optimis, dia dan rakan-rakan sepasukannya mampu memberikan cabaran dan cuba mencapai sasaran awal pasukan iaitu layak ke separuh akhir daripada saingan Kumpulan A.

Walaupun saingan Kumpulan A cuma mempunyai tiga pasukan tetapi laluan Melaka tidak mudah kerana mereka­ bakal berhadapan Pulau Pinang dan juara Divisyen Dua tahun lalu, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI