fbpx

Tujuh laporan kesalahan berkaitan PRN Sabah diterima PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak tujuh laporan melibatkan pelbagai kesalahan dan salah laku sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) diterima Polis Sabah setakat ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Tan Boon Sing berkata, antara kesalahan dikesan adalah membabitkan empat kes fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/Akta 233 Multimedia.

“Dua lagi kes yang dilaporkan ialah kesalahan khianat awam melibatkan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“Kita juga menerima laporan satu kes membabitkan Seksyen 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara.

“Siasatan membabitkan semua laporan ini sedang dijalankan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Tan berkata, setakat hari ini tiada sebarang insiden serius berlaku sehingga mencetuskan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

“Selain itu, tidak berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dari mana-mana calon parti yang bertanding,” katanya.

Sementara itu, Tan turut menyatakan setakat hari ini juga PDRM sudah meluluskan 1,627 permit untuk ceramah dan kempen manakala tiada permohonan yang ditolak sepanjang tempoh empat hari terkini.

Ditanya berkaitan insiden replika logo Parti Warisan Sabah (Warisan) dirosakkan, Tan berkata, tiada sebarang laporan diterima setakat ini.

“Bagaimanapun, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengingatkan sebarang perjumpaan dan perhimpunan membabitkan ceramah politik perlu mendapatkan permit kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing-masing,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI