fbpx

Proton nafi senarai harga X50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton menafikan grafik senarai harga X50 yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR- Proton Holdings Berhad (Proton) menafikan sebuah grafik mengenai senarai harga kereta X50 yang tular di laman sosial selepas memperkenalkan kenderaan utiliti sukan baharu (SUV) itu secara rasminya semalam.

Penafian dibuat di Facebook rasmi syarikat itu, Proton Cars.

“Proton ngin menyatakan senarai harga untuk Proton X50 belum dikeluarkan atau didedahkan ketika ini.

“Kami juga ingin menjelaskan senarai harga yang sedang ditularkan ialah palsu,” menurut hantaran di laman Facebook tersebut hari ini.

Jelasnya, pihak Proton memahami keterujaan untuk perasmian SUV itu dan akan menyediakan semua maklumat penting dalam masa terdekat. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI