fbpx

Pegawai kanan syarikat pecat kakitangan beri maklumat rasuah didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan menyebabkan seorang kakitangan lain dipecat setelah memberikan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan salah laku yang dibuat oleh tertuduh.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, tertuduh akan didakwa di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang merupakan pertuduhan pertama dalam sejarah sejak akta berkenaan berkuat kuasa pada 2010.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh seorang pegawai kanan syarikat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SPRM berkata, pihaknya amat prihatin dengan masalah yang terpaksa dihadapi oleh pemberi maklumat sekiranya mereka dikenakan tindakan atas pendedahan jenayah rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Menurutnya, peruntukan undang-undang tersebut menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain di samping memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan yang memudaratkan.

“Oleh itu, SPRM tidak akan teragak-agak menjalankan siasatan ke atas pihak yang cuba mengenakan tindakan yang memudaratkan ke atas pemberi maklumat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI