fbpx

PDRM berkas 2 lelaki dikehendaki Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tangkapan dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan jenayah komputer di Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 30-an dan 40-an itu dibuat Isnin lalu pada pukul 8.45 pagi di Perak.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek berusia 40-an itu merupakan ahli perniagaan manakala seorang lagi bekerja sebagai juru analisa komputer.

“Pihak berkuasa AS telah menghantar permohonan ekstradisi ke atas dua suspek tersebut pada 3 September lalu dan Jabatan Peguam Negara bersetuju melaksanakan permohonan itu.

“Susulan itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap sementara ke atas dua suspek tersebut pada 11 September lalu yang membolehkan kita menahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek menjalankan perniagaan penjualan artifak permainan seperti kid dan kredit secara tidak sah.

Jelas Huzir, pihak forensik telah membuat rampasan bahan bukti dan dokumen berkaitan di syarikat milik mereka.

“Kedua-dua suspek direman selama 60 hari mengikut Seksyen 16(1) Akta Ekstradisi 1992 serta Artikel 11(4) Triti Ekstradisi antar kerajaan dengan kerajaan AS.

“Mereka kini direman di penjara Sungai Buloh, Selangor,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI