fbpx

MUDA kemuka pendaftaran di R0S

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (belakang, tiga dari kiri) bersama penyokongnya selepasnya mengemukakan permohonan rasmi penubuhan MUDA di RoS baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bertindak sebagai pengasas parti itu berkata, butiran mengenai struktur organisasi kepimpinan termasuk jawatan presiden akan dimaklumkan kemudian.

“Setakat ini kami mempunyai 13 penaja terdiri daripada pelbagai latar belakang dan maklumat lanjut akan dimaklumkan secara berperingkat kepada media.

“Struktur organisasi parti juga akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat permohonan di RoS di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak RoS atas layanan yang baik dan berharap parti itu dapat didaftarkan secepat mungkin.

“Kelulusan adalah di tangan RoS dan kami akan memberikan kerjasama sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran pendaftarannya.

“Setakat ini, ramai yang hubungi untuk menyertai MUDA dan kita akan adakan proses interim bagi menarik minat semua menyertai gerakan ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI