fbpx

Lebih 200 banduan bogel larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pemandangan bandar Moroto di Uganda. - AGENSi

KAMPALA, Uganda – Lebih 200 banduan melarikan diri dari sebuah penjara sebelum dipercayai menuju ke kawasan bukit berhampiran di bandar Moroto di Uganda hari ini, lapor lama berita BBC.com.

Seorang jurucakap tentera berkata, kumpulan banduan itu membunuh seorang anggota tentera dalam cubaan melarikan diri tersebut.

“Pihak tentera dan penjara sedang menjalankan operasi memburu banduan-banduan ini yang dipercayai melarikan diri bersama 15 laras senjata api.

“Dua daripada mereka berjaya diberkas manakala dua lagi ditembak mati,” katanya.

Difahamkan, banduan tersebut melarikan diri dalam keadaan berbogel tanpa pakaian penjara berwarna kuning untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, kejadian berbalas tembakan antara anggota keselamatan dan banduan yang berlaku di bandar berkenaan mengakibatkan kesemua perniagaan di situ ditutup.

Moroto merupakan bandar terbesar di wilayah Karamoja yang terkenal dengan penternakan lembu serta keganasan senjata api.

Satu program pelucutan senjata api dilaksanakan kerajaan Uganda pada tahun 2005 dengan merampas sebahagian besar senjata daripada orang awam, namun konflik antara komuniti di kawasan itu masih berlarutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI