fbpx

Lebih 200 banduan berbogel larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 200 orang banduan melarikan diri ke kawasan bukit berhampiran dalam keadaan berbogel untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. – GAMBAR HIASAN/BBC.COM

KAMPALA, Uganda – Lebih 200 orang banduan melarikan diri dari sebuah penjara sebelum dipercayai menuju ke kawasan bukit berhampiran di bandar Moroto hari ini, lapor laman BBC.com.

Jurucakap tentera memberitahu, seorang anggota terbunuh dalam cubaan melarikan diri tersebut.

“Pihak tentera dan penjara kini sedang menjalankan operasi memburu banduan ini yang dipercayai melarikan diri bersama 15 laras senjata api.

“Dua daripada mereka berjaya diberkas manakala dua lagi ditembak mati,” katanya.

Difahamkan, banduan tersebut melarikan diri dalam keadaan berbogel tanpa pakaian penjara berwarna kuning untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, kejadian tembakan antara anggota keselamatan dan banduan yang berlaku di bandar berkenaan mengakibatkan kesemua perniagaan di situ terpaksa ditutup.

Morota merupakan bandar terbesar di wilayah Karamoja yang terkenal dengan penternakan lembu serta keganasan senjata api.

Satu program pelucutan senjata api dilaksanakan kerajaan pada tahun 2005 dengan merampas sebahagian besar senjata daripada orang awam, namun konflik antara komuniti di kawasan itu masih berlarutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI