fbpx

Kerajaan digesa teliti pembangunan Tanah Rizab Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmi (dua dari kiri) dan ahli jawatankuasa JTM menunjukkan kenyataan akhbar berhubung gesaan tersebut di Shah Alam, hari ini. -FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Jaringan Bertindak Tanah Pemilikan Melayu (JTM) menggesa kerajaan menyemak semula penstrukturan dan pembangunan semua Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, ia bertujuan meneliti pelbagai isu dan mencari jalan penyelesaian untuk memelihara tanah milik Melayu tersebut.

“Ini terutama melibatkan jumlah sebenar keluasan dan jenis pembangunan selain permohonan baharu untuk mewartakan tanah TRM oleh kerajaan.

“Selain itu, pihak berkuasa negeri dan Pejabat Tanah Galian ( PTG ) perlu mengemaskini Daftar Kawasan supaya keluasan sebenar dapat ditentukan,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran JTM Selangor di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya menyokong cadangan penubuhan pasukan khas PTG untuk mengemaskini rekod, endorsan dan pewartaan melibatkan kawasan tanah rizab itu.

Ujarnya, langkah itu antaranya bagi memastikan objektif TRM tercapai mengikut Enakmen Rizab Melayu (ERM).

“Jurang pemilikan tanah di negara ini perlu diteliti secara terperinci bagi menangani isu segelintir individu memiliki tanah yang luas dan sebahagian besar orang Melayu tidak bertanah untuk tempat tinggal.

“Tambahan, isu TRM yang tenggelam timbul dalam perbahasan masyarakat tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI