fbpx

Impian Bale mahu kembali ke Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALE dilapor lebih berminat kembali ke Spurs biarpun United menjadi antara pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya. – AFP

MADRID – Ejen bintang Real Mad­rid, Gereth Bale mengesah­kan satu rundingan sedang berjalan untuk melihat potensi perpindahan pemain itu kembali ke kelab lamanya, Tottenham Hotspur.

Bale meninggalkan kelab London itu pada 2013 untuk menyertai La Liga dan membantu Real meraih empat kemenangan Liga Juara-Juara bersama gergasi Sepanyol itu.

Pemain sayap berkenaan berjaya menjaringkan 105 gol dalam 251 penampilan dan turut me­rangkul dua gelaran La Liga.

Bagaimanapun, masa depan­nya menjadi tidak menentu se­lepas kehadiran Zinedine Zidane sebagai jurulatih kelab itu termasuk hanya membuat 16 pe­­nampilan dalam semua kejohanan pada musim lalu.

Sebelum ini, Manchester Uni­ted dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya tetapi ejenya, Jonathan Barnett mengesahkan bahawa Bale le­bih berminat untuk kembali ke Spurs.

“Gereth masih sayangkan Spurs. Kami (Spurs, Real dan ejen Bale) masih mengadakan rundingan. Secara jelas, Spurs adalah destinasi yang diinginkan Bale,” katanya.

Biarpun jarang diturunkan oleh Real, khidmat Bale di dalam skuad Wales sangat diperlukan apabila dia berada dalam kese­belasan utama sejak hampir 10 tahun lalu dan telah menjaringkan 33 gol dalam 85 kaps.

Dia turut membantu Wales menang ke atas Finland dan Bulgaria pada aksi Liga Negara-Negara Eropah baru-baru ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI