fbpx
Gambar hiasan.

Enam pelajar, tujuh guru di Lahad Datu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan seramai enam pelajar serta tujuh guru melibatkan tiga sekolah di daerah Lahad Datu disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, semua kes ialah kes ke-921, 922 dan 925 sehingga kes 935.

“Pelajar dan guru ini dikenalpasti positif Covid-19 ketika pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng LD.

“Namun semua kes kini sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu.

“Selain itu, kita turut mendapati kes ke-917 hingga 920 adalah melibatkan petugas kesihatan yang dikesan positif sewaktu saringan kontak kes ke-436 manakala kes ke-923 dan 924 merupakan kontak serumah kepada petugas kesihatan terbabit yang disaring pada masa yang sama.

“Bagaimanapun, semua individu disahkan positif sudah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Christina berkata, seramai 35 orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu juga dikesan positif Covid-19.

“Ia membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 937 kes positif Covid-19 direkodkan berlaku di Sabah setakat semalam.

Jumlah berkenaan menunjukkan pertambahan 60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawau (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1). – K! ONLINE