fbpx

Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan semula RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menyampaikan replika cek kepada wakil penerima Elaun Sara Hidup Nelayan Sabah 2020 sempena Majlis Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma di Beaufort. - FOTO - Ihsan Laman Sosial Perdana Menteri-

Oleh IVAN AMIRUL

BEAUFORT – Kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu adalah bagi mengurangkan beban golongan terbabit yang terjejas ekoran penular wabak Covid-19.

“Sebanyak RM21.1 juta diperuntukkan untuk pembayaran elaun ini yang akan diberikan kepada 7,581 nelayan seluruh negara.

“Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah negara dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebahagian daripada PH, Elaun Sara Hidup nelayan sebanyak RM300 ini telah dipotong kepada RM250.

“Maka secara rasminya hari ini saya umumkan elaun berkenaan dikembalikan semula menjadi RM300 setiap bulan.

“Ia secara langsung mampu membantu dalam meringankan beban ditanggung sektor perikanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah serta Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dan calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri Klias, Datuk Isnin Aliasnih.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan bantuan khas terutamanya bagi kerajaan negeri Sabah dan Sarawak di bawah Skim Subdisi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma sebanyak RM40.34 juta selain mengumumkan kadar dividen sebanyak 8.1 peratus bagi Dana Peladang Kebangsaan bagi tahun 2019 dengan keseluruhan agihan dividen sebanyak RM7.7 juta.

Muhyiddin berkata, agihan terbabit bakal disalurkan selepas Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sudah memperoleh keuntungan sebanyak RM9.3 juta sepanjang tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI