fbpx

Datuk diugut bunuh selepas tegur cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila seorang cucunya mengugut mahu membunuhnya sambil mengacu sebilah pisau selepas ditegur dalam kejadian di sebuah rumah di Pokok Sena, Kepala Batas di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek bertindak demikian dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu kerana berang apabila datuknya menegur berhubung tindakan suspek menyewakan bilik kepada seorang lelaki untuk kegiatan menghisap dadah.

“Suspek berusia 20-an mengambil sebilah pisau sebelum mengugut mahu membunuh datuknya berusia 76 tahun.

“Namun, pergaduhan dileraikan oleh seorang anak warga emas itu sebelum suspek melarikan diri ketika pegawai polis tiba di rumahnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian itu adalah kali kedua berlaku di antara mereka.

Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan meminta orang ramai menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI