fbpx

Auba tekad terus kekal di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG melegakan Arsenal apabila membuat keputusan menandatangani kontrak baharu untuk kekal dalam tempoh tiga tahun lagi di Emirates. – TWITTER ARSENAL

LONDON – Spekulasi berhubung masa depan kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya terjawab selepas dia menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun.

Kontrak pemain antarabangsa Gabon itu sepatutnya tamat pada musim panas tahun depan dengan beberapa siri rundingan sudah dilakukan antara wakil Aubameyang dan kelab.

The Gunners pastinya menarik nafas lega apabila berjaya memujuk penjaring terbanyak kelab tersebut musim lalu memandang­kan Aubameyang turut menarik minat Barcelona dan Inter Milan.

“Saya mahu berkongsi dengan semua penyokong, saya sangat gembira untuk terus berada di sini. Ini adalah rumah saya, saya lega kerana perjanjian ini sudah dimeteraikan.

“Saya setuju dengan kontrak baharu kerana saya mahu menjadi legenda di Arsenal serta meninggalkan legasi. Mungkin ia memerlukan masa tetapi saya sedia berikan yang terbaik,” kata Aubameyang.

Sementara itu, pengurus The Gunners, Mikel Arteta gembira dengan keputusan yang dibuat Aubameyang memandangkan pemain berusia 31 tahun itu dianggap sebagai pemimpin di atas padang.

“Satu keputusan yang sangat penting bagi mengekalkan Aubameyang di sini. Dia seorang pemimpin dalam pasukan dan sentiasa memainkan peranan penting terhadap pelan pembangunan Arsenal,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI