fbpx

1,229 pembanci akan banci penduduk Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzil (empat dari kanan di hadapan) bersama calon pembanci, penguasa daerah Klang serta pegawai MyCD di Dewan Serbaguna Telok Gong, Klang.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Seramai 1,229 orang pembanci akan melakukan pembancian penduduk di 14 kawasan di seluruh daerah ini secara bersemuka mulai 7 hingga 20 Oktober ini.

Langkah itu selaras dengan program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pembancian akan dibantu 28 individu masing-masing Penguasa Daerah dan pegawai My Census District (MyCD) daripada Jabatan Perangkaan Selangor.

“Kalau kita tengok hari ini, orang awam yang hadir ke sesi temuduga untuk menjadi penyelia banci dan pembanci tidaklah ramai, mungkin disebabkan orang awam khuatir untuk melakukan tugas ini kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ketika ini.

“Apapun, saya yakin jumlah 1,229 orang pembanci dapat diperoleh untuk melakukan kerja-kerja banci di Klang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program sesi temuduga petugas penyelia dan pembanci peringkat Klang di Dewan Serbaguna Telok Gong, di sini, hari ini.

Menurut beliau, terdapat 1.04juta penduduk di daerah Klang sehingga Disember lalu dengan jumlah itu dijangkakan meningkat pada tahun ini.

Justeru, Ahmad Fadzil berharap kerjasama daripada penduduk daerah ini dalam memberikan maklumat dalam memudahkan proses pembancian secara bersemuka itu.

“Sesi banci yang dijalankan sekali dalam setiap 10 tahun ini amat penting bagi memberikan gambaran sebenar situasi kependudukan di Klang dan Malaysia,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI