fbpx

USNO beri RM1,000 buat rakyat Sabah baru mendirikan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Umum USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menunjukkan manifesto USNO yang baru dilancarkan di Kota Kinabalu.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Sebanyak RM1,000 bakal diberikan kepada rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama
sekiranya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ia adalah salah satu janji yang terkandung dalam manifesto USNO yang dilancarkan hari ini oleh Ketua Umum USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Pandikar berkata, antara janji lain yang terkandung dalam manifesto USNO termasuklah pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000 selain sebanyak RM300 diberikan kepada setiap anak Sabah yang baharu dilahirkan sebagai hadiah kelahiran.

“Kita juga berjanji akan menyalurkan bantuan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada warga emas dan jumlah sama kepada orang miskin, yatim, piatu serta ibu tunggal.

“Selain itu, wang segera sebanyak RM500 kepada keluarga terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan.

“Dalam manifesto tawaran baharu ini juga kita mengambil berat berkaitan golongan pelajar iaitu RM100 diberikan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah selain RM1,000 akan diberikan untuk pelajar yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Khairat kematian sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada waris individu yang meninggal dunia serta setiap daerah bakal memperoleh sebuah kenderaan jenazah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata bantuan segera antara RM5,000 sehingga RM10,000 juga akan disalurkan kepada ketua keluarga yang menjadi mengalami kemusnahan rumah akibat bencana alam, kebakaran atau kecelakaan.

Menurutnya, sumbangan RM500 kepada setiap keluarga kurang berkemampuan menjelang perayaan besar selain bil elektrik kurang daripada RM50 dan bil air kurang daripada RM30 dikecualikan pembayaran.

“Manifesto ini juga menyebut bantuan susu segar, pakaian seragam dan kelengkapan sekolah seperti buku, pen, pensil, kasut dan stokin kepada setiap pelajar.

“Manakala bantuan RM30 sehingga RM150 bagi kos pengangkutan awam pelajar, belia bekerja, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Golongan petani, nelayan dan penternak yang terjejas pada musim tengkujuh, banjir, kemarau dan bencana turut menerima bantuan RM500,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI