fbpx

Ujian siren tsunami di Manjung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAKLUMAN yang dibuat Majlis Perbandaran Manjung mengenai pelaksanaan ujian penyelenggaraan siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Pulau Pangkor dan Manjung esok.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian penyelenggaraan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di daerah Manjung melibatkan beberapa lokasi termasuk di Pulau Pangkor pada hari esok dan Rabu depan.

Dalam kenyataan menerusi laman Facebook Majlis Perbandaran Manjung, ujian siren itu akan dilaksanakan di Siren Pejabat Perikanan Pantai Remis di Manjung pada hari Khamis bermula pukul 11 pagi.

Menurut kenyataan itu, ujian pada hari sama juga diadakan di Siren Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut pada pukul 3 petang manakala lokasi berikutnya ialah di Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada Rabu minggu depan pukul 11 pagi.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang atau cemas ketika pengujian dijalankan dan sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh jabatan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI