fbpx

Pekarangan Masjid Al-Aqsa ditutup bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmuqaddis. - AFP

BAITULMUQADDIS – Pekarangan Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam Islam selepas Mekah dan Madinah di Arab Saudi, akan ditutup bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes Covid-19.

Kes peningkatan jangkitan virus korona di wilayah Palestin dan Israel mendorong pihak berkuasa Waqf untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pegawai-pegawai kesihatan.

Ahli Waqf memutuskan untuk ‘menunda kemasukan jemaah bermula tengah hari Jumaat (18 September ini) selama tiga minggu’.

“Kami berharap rakyat dapat menerima prosedur ini, sebagai langkah melindungi kesihatan dan kesejahteraan mereka,” kata ahli Waqf Hatem Abdel Qader kepada agensi berita AFP.

Langkah penutupan itu secara kebetulan serentak dengan perintah berkurung tiga minggu yang dikenakan oleh Israel, rejim yang mengawal kemasukan ke kawasan pekarangan masjid berkenaan.

Laungan azan tetap akan berkumandang di Baitulmuqaddis, kata Qader dengan kakitangan Waqf dibenarkan mengejarkan solat di tapak suci itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI