fbpx

Messi raih pendapatan paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meraih pendapatan lumayan melalui gaji dan kontrak penajaan. – AFP

NEW YORK – Kapten pasukan Barcelona, Lionel Messi mengekalkan kedudukannya sebagai atlet bola sepak yang memiliki pendapatan paling tinggi di dunia selepas meraih AS$126 juta (RM520.9 juta) sepanjang tahun lalu.

Difahamkan, wang yang diraih Messi adalah menerusi gaji lumayan bersama kelab gergasi La Liga itu, selain daripada hasil kontrak menjadi duta beberapa jenama terkemuka antarabangsa termasuk Adidas.

Messi sebelum ini telah me­nimbulkan kontroversi apabila mahu berhijrah dari kelab The Catalan itu selepas dilaporkan menerima tawaran lumayan daripada beberapa kelab Eropah seperti Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Milan.

Sementara itu, pencabar terdekat kepada Messi, Cristiano Ronaldo telah meraih pendapatan sebanyak AS$117 juta (RM483.7 juta) dalam tempoh 12 bulan yang sama.

Gandingan duo serangan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe pula masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah terkenal Amerika Syarikat, Forbes itu.

Pemain Liverpool, Mohamed Salah pula meraih pendapatan tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jumlah AS$37 juta (RM152.9 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI