fbpx

Lebih 5 juta penduduk India dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Jumlah kes koronavirus India melepasi paras lima juta orang hari ini, menurut data Kementerian Kesihatan.

India kini mencatat seramai 5.02 juta penduduk terkena jangkitan Covid-19. Seramai satu juta orang dikesan sebagai kes pesakit baharu menghidap virus korona dalam tempoh 11 hari.

Amerika Syarikat (AS) mendahului dunia dengan lebih 6.59 juta kes Covid-19. India kini berada di kedudukan kedua selepas memintas Brazil pada awal bulan ini.

India menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak setiap hari termasuk 90,000 kes hari ini dan mencatat 1,290 jumlah kematian terkumpul setakat ini.

India juga mengambil masa selama 167 hari untuk mencatat kes satu juta jangkitan Covid-19.  Jumlah dua juta pesakit Covid-19 direkodkan dalam tempoh 21 hari selepas itu, menurut laporan Times of India.

India menjadi negara ketiga dunia selepas AS dan Brazil merekod sebanyak empat juta kes positif Covid-19.

Negara itu kini melakukan ujian saringan hampir satu juta orang setiap hari, dengan ramai pakar berpendapat jumlah sebenar kes jangkitan di India mungkin lebih tinggi.

Majis Penyelidikan Perubatan India menerusi kaji selidiknya menganggarkan ada seramai 6.5 juta penduduk India dijangkiti Covid-19 sejak Mei lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI