fbpx

Keldai akaun sindiket Macau Scam diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang wanita yang merupakan keldai akaun sindiket Macau Scam dicekup selepas terlibat dalam penipuan bernilai RM19,960.60 di Seksyen 6, Shah Alam di sini kelmarin.

Suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu ditahan pukul 10.05 malam oleh sepasukan bahagian siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, tangkapan itu susulan laporan polis oleh seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di daerah ini ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis berhubung penggubahan wang haram pada tahun lalu.

Katanya, mangsa berusia 39 tahun itu terlebih dahulu menerima panggilan menyatakan namanya telah digunakan untuk mendaftar sebuah syarikat selain dimaklumkan terdapat tunggakan cukai untuk syarikat tersebut berjumlah RM10,600.76,

“Mangsa akhirnya telah memberikan maklumat semua akaun bank dan kata laluannya kepada sindiket tersebut.

“Sebaik panggilan ditamatkan, mangsa telah memeriksa simpanannya di sebuah bank dan mendapati wang dalam akaunnya telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga sebanyak RM19,960.60,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, semakan terhadap suspek wanita mendapati tiada rekod jenayah lampau.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Khairi menegaskan pihaknya terlebih dahulu turut menahan seorang suspek lelaki berusia 33 tahun di Telok Panglima Garang, Kuala Langat kira-kira pukul 1.44 petang Isnin lalu.

Ujar beliau, suspek dikehendaki selepas terlibat dalam penipuan pelaburan perniagaan penapis haba tingkap rumah dengan nilai kerugian RM8,500, empat tahun lalu.

“Berdasarkan semakan mendapati suspek lelaki itu mempunyai lapan kes jenayah penipuan lampau.

“Kedua-dua kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI