fbpx

Juruteknik maut, lima ahli keluarga cedera dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam semak di tebing jalan di Jalan Ulu Pauh - Padang Besar dekat Arau hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

ARAU – Seorang juruteknik maut manakala lima ahli keluarganya cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas ke kawasan semak di tebing Jalan Ulu Pauh menghala Padang Besar dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pemandu MPV jenis Perodua Alza, Zaihaimi Zulkifli, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Isteri mangsa, Zuraida Kamarudin, 44, serta empat anak mereka iaitu Nur Husnina Amila, 19; Nur Irdina, 14; Muhammad Afif, 6, dan Muhammad Akif, 6, mengalami kecederaan.

Mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kereta dinaiki keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kangar menghala Felda Chuping.

“Kenderaan dipandu lelaki berusia 49 tahun itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh berhampiran Kompleks Sukan Universiti Malaysia Perlis sebelum terbabas ke kawasan semak di tebing jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penumpang mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke HTF untuk dibedah siasat dan lima lagi mangsa dikejarkan ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI