fbpx

Gangguan air di Sepang, Kuala Langat dijangka pulih petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR- Gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Sepang dan Kuala Langat dijangka pulih petang ini selepas kerja-kerja pembaikan paip giat dilaksanakan ketika ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pengguna dijangka menerima bekalan air semula secara berperingkat bermula 8 malam ini.

Katanya, masalah gangguan air itu tercetus ekoran kejadian paip pecah di Bandar Sri Ehsan berdekatan dengan Masjid KLIA semalam.

“Bekalan air telah ditutup pada 1 pagi tadi bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah dan dijangka siap pukul 5 petang ini.

“Sebanyak sembilan kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan berkenaan termasuklah di Taman Langat Utama, Taman D’Menara, Taman Murnimas dan RTB Bukit Changgang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, kawasan lain terlibat antaranya Taman Langat Murni, Bandar Mahkota dan Bandar Brooklands.

“Bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat juga sudah digerakkan dan mereka yang ingin mendapatkan bekalan boleh hubungi kami di talian 15300.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi Facebook, Twitter dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI