fbpx

Dua beradik antara ditahan terlibat kes curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek ditahan terlibat dalam kes curi motosikal di daerah Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Dua beradik antara empat lelaki ditahan terlibat dalam kegiatan curi motosikal dalam tiga serbuan berasingan di Desa Mentari 2 dan Taman Medan di sini pagi tadi.

Kegiatan empat lelaki berusia 23 hingga 29 tahun terbongkar selepas pihak polis menerima laporan berhubung kes curi motosikal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun di Desa Mentari 2 sebelum suspek mengaku terlibat dalam kegiatan curi motosikal bersama tiga lagi lelaki termasuk abangnya.

“Bertindak atas maklumat suspek, pihak polis menahan tiga lelaki dalam beberapa serbuan berasingan yang dipercayai ahli kumpulan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati dua daripada empat suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan curi motosikal, samun dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Petaling Jaya sebelum menjual motosikal itu dengan harga RM800 hingga RM1,000 kepada pelanggan tempatan.

“Kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kita juga sedang mengesan beberapa ahli kumpulan yang terlibat dalam kegiatan sama.

“Empat suspek itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI