fbpx

Berkayak, mendayung keliling tasik meriahkan Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN ahli KHAG yang menyertai aktiviti mendayung dan berkayak di tasik Bukit Merah hari ini.

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Keluarga Haji Abdul Ghani (KHAG) mempunyai cara tersendiri untuk menyambut Hari Malaysia apabila mereka berkayak dan mendayung mengelilingi tasik Bukit Merah di sini hari ini.

Pengerusi KHAG, Mohd. Hairil Ansar Mohd Idris berkata, mereka berpakat untuk mengadakan aktiviti berkayak dan mendayung bagi meraikan Hari Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotik di dalam diri setiap ahli KHAG.

“Setiap tahun KHAG akan berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersama bagi menyamai jalinan ukhuwah dan merapatkan ikatan generasi baru dan lama.

“Pada tahun lepas kita telah membuat pendakian ke Gunung Semanggol dan pada tahun ini kira-kira 70 ahli KHAG berkayak mengelilingi tasik Bukit Merah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Mohd. Hairil Ansar, seramai 35 peserta menyertai aktiviti dayungan manakala 32 yang lain menyertai kayak secara berpasangan serta tiga lagi berkayak secara solo.

“Dalam acara tersebut, peserta perlu melengkapkan misi dengan mengibarkan Jalur Gemilang, bendera negeri-negeri dan bendera KHAG di Pulau Pak Tuan dan di tengah tasik Bukit Merah selain melaungkan ‘Merdeka’ dan menyanyi lagu Negaraku di pulau tersebut.

“Aktiviti ini turut dianjurkan bagi membina keyakinan diri dan menyahut apa jua cabaran melalui semangat berpasukan selain mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

Acara Dayungan Merdeka KHAG mengelilingi tasik Bukit Merah diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) itu mengambil masa lebih 2 jam bagi melengkapkan laluan tidak termasuk singgah di Pulau Orang Utan dan Pulau Pak Tuan.

Program dianjurkan di bawah Koperasi Keluarga Haji Abdul Ghani (KHAG) dengan kerjasama Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Ridy Studio, SFX Tech Enterprise, Naz Medan Resources, Mawar Riang Enterprise dan Kelab Pendaki Kerian itu dirasmikan ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI