fbpx
Arak seludup bernilai RM142,000 dirampas PGA susulan penahanan dua lelaki di Jalan Idaman, Senai awal pagi tadi.

121 kotak arak bernilai RM142,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Arak seludup yang dianggarkan bernilai RM142,000 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan dua lelaki
di Jalan Idaman, Senai, Johor awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek warga tempatan berusia 31 tahun dan warga Vietnam berusia 33 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Katanya, kedua-dua suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Taman Scientex, Senai.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui sebanyak 121 kotak arak seludup yang tidak mempunyai cukai kastam.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM142,000. Tangkapan dan rampasan arak seludup dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai Jaya untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan seludup.-K! ONLINE