fbpx

Tiga Geng Lim curi 4WD diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramsay (tengah) menunjukkan peralatan yang digunakan oleh Geng Lim bagi mencuri kenderaan pacuan empat roda pada sidang akhbar hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Kegiatan curi kenderaan pacuan empat roda (4WD) terutama jenis Toyota Hilux yang didalang Geng Lim tumpas dengan penangkapan tiga ahli kumpulan itu di sebuah rumah di Seksyen 7, di sini baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia 40 hingga 47 tahun itu ditahan pukul 2.30 pagi pada 2 September lalu menerusi Ops Cegah Jenayah Bersepadu Khas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Embol berkata, berdasarkan risikan dan intipan mendapati kumpulan tersebut yang dipercayai wujud hampir 20 tahun lalu telah kembali aktif sejak dua bulan lalu.

Katanya, Toyota Hilux menjadi sasaran kumpulan ini susulan permintaan tinggi bagi pasaran tempatan dan luar negara.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan mesin pemutar skru dan beberapa peralatan lain bagi mencuri 4WD tersebut dalam masa tiga hingga lima minit.

“Mereka akan menutup sistem penggera hilux dahulu sebelum menggerudi tempat kunci bahagian pemandu bagi membuka pintu serta menukar unit kawalan elektronik (ECU) bagi menghidupkan enjin kereta,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam

Jelas Ramsay, pihaknya turut merampas dua buah Toyota Hilux yang disyaki dicuri selain sedang mengesan sekiranya terdapat saki baki ahli kumpulan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan seramai 104 individu ditahan dalam operasi sama bermula 1 September sehingga semalam.

“Polis turut merampas 2,312 kotak rokok seludup, 1,146 botol dan 616 tin minuman keras pelbagai jenama dengan kesemuanya dianggarkan bernilai RM63,500,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI