fbpx

Tiada pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di Tawau dan Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Tawau dan Lahad Datu buat masa ini biarpun lebih 400 kes positif Covid-19 direkodkan di dua kawasan itu sehingga semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau rapi situasi Covid-19 di dua lokasi berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan polisi ditetapkan sebelum ini, PKPD hanya akan dilaksanakan mengikut lokaliti dan kawasan yang dikenal pasti berlaku peningkatan kes positif Covid-19.

“Bagaimanapun, saringan akan tetap diteruskan oleh KKM secara bersasar yang akan membabitkan seramai 25,000 individu di Tawau dan 13,000 individu di Lahad Datu.

“KKM juga sudah mengenal pasti lokasi yang terlibat dengan Kluster Benteng dan Kluster Laut dan saringan akan dilakukan di tujuh lokasi di Mukim Sri Tanjung, Mukim Wallace Bay (satu lokasi) dan Mukim Merotai (enam lokasi),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM juga telah mengenal pasti pusat-pusat kuarantin yang akan digunakan sama seperti Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang.

Menurutnya, ia membabitkan satu blok di Penjara Tawau dan satu dewan masyarakat di Lahad Datu sudah dikenal pasti sebagai pusat kuarantin berisiko rendah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI