fbpx

Polis giat kesan wanita bergari lari dari tahanan polis di Mahkamah Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahanan wanita yang melarikan diri.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

RAUB – Polis giat memburu seorang tahanan wanita yang bertindak nekad melarikan diri dalam keadaan tangan bergari ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Raub semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, suspek, Saidatina Aida Sahabudin,23, bertindak melarikan diri dalam keadaan tangan bergari selepas selesai sebutan kes di Mahkamah Sesyen Raub.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, semasa kejadian anggota polis bertugas mengiringi 12 Orang Kena Tahan (OKT) naik ke lori untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

“Semasa sedang memerhatikan OKT tersebut menaiki lori tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki motosikal daripada arah belakang anggota polis dan terus berhenti di tepi OKT wanita dengan secara mengejut sebelum dengan tiba-tiba OKT wanita tersebut melompat ke atas motosikal dan penunggang motosikal meluru laju meninggalkan perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Raub.

“Anggota polis telah mengejar motosikal tersebut tetapi terlepas dan terjatuh sehingga mendapat kecederaan di kedua tapak tangan dan OKT wanita tersebut melarikan diri dalam keadaan kedua tangannya masih bergari,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, OKT wanita yang berasal dari Kampung Ulu Lepar, Dong di sini dituduh atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C (1) ADB 1952 kerana mempunyai empat sabitan lampau di bawah Seksyen yang sama.

Beliau memberitahu, OKT yang dituduh di Mahkamah Sesyen Raub semalam mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 September depan.

Dalam pada itu katanya, usaha mengesan OKT giat dilakukan dan polis telah mengenalpasti penunggang motosikal yang berumur 22 tahun berasal daripada Kampung Pulau Kabong, Budu di Benta.

“Hebahan di daerah bersebelahan juga dibuat bagi membantu mengesan suspek. Keluarga suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kedua-dua suspek diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan segera dan diminta tidak bersubahat dengan kedua-dua suspek,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI