fbpx
Ismail Sabri

Pelajar dibenar ke luar negara sambung, daftar pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu mengemukakan bukti seperti kad pelajar dan surat tawaran. 

“Ibu bapa yang mahu menghantar dan menemani anak-anak mereka ke luar negara dibenarkan namun terhad kepada dua orang sahaja.

“Hanya dua orang pengiring dibenarkan, tidak boleh bawa keluarga macam dahulu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, pelajar dan pengiring yang pulang ke Malaysia pula perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.-K! ONLINE