fbpx

MPV baharu polis ronda lokasi tumpuan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wah Ahmad diiringi Shafien (kiri) pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Honda Civic dan Lori Hino Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Unit Polis Pelancong (UPP) akan menggunakan kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8S untuk membantu meningkat tahap keselamatan di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, daripada jumlah keseluruhan 425 buah MPV bernilai RM67 juta yang diterima, sebanyak 20 buah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Beliau berkata, daripada jumlah yang diterima, sebuah MPV akan digunakan untuk UPP bagi menjalankan tugas rondaan di kawasan tumpuan pelancongan di negeri ini.

Katanya, selain MPV, IPK Kelantan turut menerima 10 buah lori jenis Hino bernilai RM 4.4 juta untuk kegunaan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Kelantan.

“Kita juga akan menambah 170 lagi MPV model Proton X70 kepada kontinjen seluruh negara dalam masa terdekat.

“Sekarang, kenderaan itu sedang dipandu uji di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia, Bakri Muar, Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kereta Peronda Honda Civic 1.8S dan lori Hino, di IPK Kelantan di sini hari ini.

Majlis penyerahan replika kunci disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, menurut Zainal Abidin, dengan kelebihan teknologi digital yang terdapat dalam MPV itu, ia boleh merakam setiap pergerakan anggota ketika menjalankan tugas rondaan.

Katanya, sebelum ini polis menerima pelbagai tohmahan daripada masyarakat apabila mereka melihat kenderaan polis berhenti di tepi jalan.

Bagaimanapun, dengan adanya kamera di bahagian depan dan belakang boleh merakam setiap pergerakan anggota ketika mengejar penjenayah.

“Kita juga boleh merekod dan boleh mengumpul bukti salah laku yang dilakukan oleh anggota polis selepas ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI