fbpx

KKM sedia jalankan saringan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bersedia menjalankan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran di Sabah membabitkan daerah Tawau, Lahad Datu dan Kunak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dianggarkan seramai 20,000 individu akan terlibat dalam saringan tersebut.

Beliau berkata, selepas pihak berkuasa dapat mengetatkan kawalan sempadan, Kementerian Kesihatan akan menjalankan saringan dalam komuniti dan kita menyasarkan di Tawau, Lahad Datu serta Kunak.

“Pada masa sama, kita juga akan mengenal pasti kawasan tertentu contohnya, kampung dan lokaliti.

“Sekiranya di lokaliti tersebut mempunyai kes positif Covid-19 yang tinggi, kita akan mengambil tindakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, daerah Tawau, Lahad Datu dan Kunak disahkan kes sporadik dan Kementerian Kesihatan masih mempergiatkan pengesanan kepada mereka yang terdedah kepada kes positif.

Berhubung dua pusat kuarantin berisiko rendah di Sabah, beliau berkata, ia akan beroperasi dalam masa terdekat untuk mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sementara itu, berhubung perkembangan nilai R Naught (Rt) penularan Covid-19 dalam negara, Noor Hisham berkata, ia kekal melebihi 1.0.

“Nilai terkini pada 13 September adalah 1.58 dan jika diteliti nilai Rt bagi Sabah pada 8 September, amat tinggi iaitu pada nilai 3.72.

“Ini adalah lebih tinggi berbanding nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 2.63,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI