fbpx

KIP akui janggal tanpa satu jari kelingking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL masih janggal beraksi tanpa satu jari kelingking pada saingan GP San Marino kelmarin.

PELUMBA Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mengakui masih janggal melakukan tunggangan tanpa jari kelingking ketika beraksi pada Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano kelmarin.

Khairul Idham yang ter­kenal dengan jolokan Super KIP itu mengharungi perlumbaan sulungnya selepas menjalani pembedahan memotong jari kelingking kanan bulan lalu.

Katanya, meskipun berdepan kesukaran untuk mengendalikan jentera, namun pelumba berusia 22 tahun itu tetap gembira apabila dapat kembali beraksi di atas litar.

“Walaupun masih terasa janggal pada bahagian ta­ngan kanan tetapi saya yakin ia mampu jadikan tunggangan lebih baik kerana kecederaan sebelum ini sudah lama menghantui diri saya.

“Saya sangat gembira kerana dapat kembali berlumba. Selain itu, saya juga berjaya baiki catatan masa dari hari ke hari termasuk perlumbaan hari ini (kelmarin), namun saya tahu ia masih belum mencukupi,” katanya.

Mengulas perlumbaan sete­rusnya yang akan berlangsung di litar sama pada GP Emilia Romagna hujung minggu ini, Khairul Idham sedia memperbaiki pencapaian kelmarin apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI