fbpx

KFA rayu dilanjutkan proses pelesenan kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI memaklumkan Kedah sudah melengkapkan proses penswastaan pasukan tersebut yang dikenali sebagai Darul Aman FC.

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) mengemukakan permohonan rayuan untuk kali kedua kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi melanjutkan tempoh proses pelesenan kelab yang sepatutnya diserahkan sebelum tarikh akhir hari ini.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya membuat rayuan permohonan selepas dokumen kriteria kewa­ngan setakat ini siap 98 peratus.

Kata beliau, kriteria itu akan diserahkan kepada FAM apabila dokumen berkaitan dapat dilengkapkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Kita merayu kepada FAM supaya diberi lanjutan untuk menyiapkan dokumen yang diminta dalam proses pelesenan kelab.

“Dokumen-dokumen lain semua sudah siap, cuma ada lagi beberapa perkara yang perlu di­selesaikan termasuk tunggakan bayaran kepada beberapa pihak terlibat,” katanya di Alor Setar semalam.

Menurut Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, hutang yang ditanggung setakat ini mencecah RM10 juta dan jumlah itu agak banyak berbanding negeri lain.

“Kita akan cuba lunaskan semua bayaran tertunggak termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tunggakan gaji kepada pemain,” ujarnya.

Bagaimanapun, Sanusi berkata, setakat ini, FAM masih belum menetapkan tarikh baharu untuk penyerahan dokumen tersebut dan beliau difahamkan terdapat beberapa negeri juga tidak dapat melengkapkan dokumen berkenaan.

“Terima kasih kepada FAM yang memahami situasi yang dihadapi KFA,” katanya.

Pada 3 September lalu, Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Firdaus Ahmad memberitahu, pihak pengurusan persatuan kini dalam fasa menyiapkan dokumen kewangan yang akan berakhir pada 15 September ini.

KFA sebelum ini telah melengkapkan lima dokumen dalam proses permohonan lesen kelab sebelum 31 Ogos lalu iaitu tarikh akhir sebelum dilanjutkan.

Lima daripada enam kriteria iaitu personal dan pengurusan, infrastruktur, kesukanan, undang-undang dan perniagaan telah melepasi status ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI