fbpx

Kerajaan Johor tetap bayar elaun ketua kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samsolbari.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan meneruskan bayaran elaun 667 ketua kampung lantikan Pakatan Harapan (PH) yang tertangguh sejak bulan lalu sehingga kontrak mereka tamat Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, kerajaan negeri tidak pernah bercadang menghentikan bayaran elaun berkenaan walaupun kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sudah menamatkan bayaran yang sebelum ini turut dibuat mereka.

Katanya, KPLB mengeluarkan dua surat penamatan bayaran elaun RM500 yang dibayar kerajaan Persekutuan kepada 667 ketua kampung lantikan PH pada Mac diikuti Julai lalu.

“Kerajaan Johor tidak pernah bercadang untuk menamatkan bayaran elaun RM400 seramai 667 ketua kampung yang masih berkhidmat.

“Apa yang berlaku adalah salah faham berikutan ada sebahagian ketua kampung lewat menerima bayaran elaun mereka namun ada yang sudah dibayar.

“Bahagian Kewangan Johor juga mengakui bayaran elaun masih dibuat seperti biasa mengikut kontrak lantikan dengan ketua kampung yang masih belum menerima elain mereka akan dibayar dalam masa terdekat, ” katanya ketika dihubungi.

Kosmo! pada Ahad lalu melaporkan Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Negeri Johor (GPKKJ), Leftenan Kolonel (B) Ismail Suarno, dilaporkan mendakwa seramai 667 ketua kampung negeri ini yang dilantik kerajaan PH, mendakwa mereka dianiaya apabila elaun mereka tidak dibayar sejak bulan lalu, sedangkan kontrak mereka hanya tamat akhir Disember ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI