fbpx

Doktor palsu berkhidmat di 16 hospital, cuma lulus darjah lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI, India – Status seorang doktor palsu yang berkhidmat di 16 buah hospital swasta di India hanya terbongkar selepas empat tahun dia menjadi pegawai perubatan, lapor odditycentral.com.

Menurut pegawai polis di  Rachakonda dalam  negeri Telangana, doktor palsu tersebut, Veeragandham Teja hanya belajar setakat darjah lima dan tidak pernah mendapat  pendidikan lanjut dalam bidang perubatan.

“Dia (Teja) sangat pintar dan mampu memperdaya sesiapa sahaja untuk percaya bahawa dia ialah  seorang doktor.

“Pada usia 23 tahun,  Teja telah berkhidmat di 16 buah hospital swasta, memimpin kem perubatan dan menjadi sukarelawan ketika pandemik koronavirus,” kata pegawai polis tersebut.

Status lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas isteri keduanya membuat laporan polis kerana mendakwa didera secara mental dan fizikal oleh Teja.

Selepas melakukan siasatan, polis mendapati  Teja telah memalsukan ijazah bidang perubatan dan beberapa sijil kedoktoran miliknya selain pernah mengikuti kelas perubatan asas untuk mengelak daripada statusnya diketahui.

Bagaimanapun sepanjang bergelar doktor palsu, Teja dilaporkan tidak pernah mendatangkan  masalah kepada pihak atasan dan dikenali sebagai seorang doktor yang berdedikasi. -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI