fbpx

BHPetrol pelawa usahawan buka stesen minyak di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. yang mengoperasikan stesen minyak BHPetrol, menawarkan peluang­ perniagaan berpotensi bagi mana-mana syarikat atau orang persendirian untuk membuka stesen minyak jenama tersebut di negeri ini.

Pengerusinya, Leftenan Jene­ral (B) Datuk Khairuddin Mat Yusof berkata, usaha ini bertepatan sebagai satu langkah proaktif syarikat itu untuk melebarkan jenama dan perniagaan BHPetrol di Kelantan.

Menurut beliau, BHPetrol yang­ bernaung di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu kini berusaha untuk mengukuh kedudukan perniagaannya selepas berjaya membuka 16 buah rangkaian stesen minyak di negeri ini.

“Sekiranya ada usahawan yang memiliki modal dan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar, mereka boleh mengemukakan kertas kerja kepada kami.

“Kami akan beri bantuan perniagaan kepada syarikat atau individu yang berminat.

“Saya lihat, Kelantan mempunyai potensi besar untuk membangunkan stesen minyak kerana banyak lokasi yang strategik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas majlis perasmian stesen minyak BHPetrol Bandar Baru Tunjung di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan In­san, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi ne­geri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Pembukaan BHPetrol yang diusahakan oleh Akademi Yayasan Islam Kelantan (YIK) itu merupakan rangkaian stesen minyak yang ke-16 di Kelantan.

Stesen tersebut terletak dalam lokasi strategik di Lebuh Raya Pasir Mas-Salor, selain berupaya membantu menjana pendapatan kepada kerajaan negeri serta menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

Mengulas lanjut, Khairuddin berharap sebuah stesen minyak BHPetrol dapat dibuka di sekitar laluan Gua Musang – Kuala Krai.
Katanya, beliau melihat potensi kawasan tersebut berupaya untuk menarik pelanggan berikutan ia merupakan laluan utama masuk ke negeri ini.

“Tiada stesen mintak BHPetrol di sekitar Gua Musang. Jika kami membuka stesen di daerah tersebut, orang ramai boleh singgah apabila sampai di Kuala Krai.

“Justeru, saya berharap ada pihak dan usahawan berminat untuk membuka perniagaan stesen minyak BHPetrol di kawasan itu. Saya yakin, projek stesen minyak itu akan menjadi satu pelaburan yang berbaloi,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI