fbpx

12,885 penduduk Kota Setar disaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah melakukan saringan Covid-19 ke atas seramai 12,885 penduduk yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Kota Setar sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, saringan dilakukan kepada penduduk yang merupakan kontak rapat kepada kes positif.

“Selain itu, mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti serta bergejala turut disaring supaya pengesanan awal boleh dibuat bagi membendung penularan wabak dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, proses saringan kes diteruskan dan dianggarkan antara 15,000 ribu hingga 20,000 penduduk di daerah ini akan disaring sepanjang tempoh PKPD Kota Setar iaitu bermula Jumaat lalu hingga 25 September ini.

“Keputusan saringan akan diketahui dalam tempoh tiga hari atau 72 jam yang mana individu didapati positif akan dihubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi mendapakan rawatan.

“Sementara individu yang tidak dihubungi selepas 72 jam, diminta untuk terus mengamalkan norma baharu disarankan,” ujarnya.

Tambahnya, JKN mendapati kebanyakan kes jangkitan Covid-19 adalah berpunca daripada masyarakat yang alpa mengenai amalan norma baharu tersebut.

“Justeru JKN Kedah ingin menasihatkan orang ramai agar melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dalam memerangi penularan wabak ini di negeri ini dengan kekal patuh kepada prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI