fbpx
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan keceriaan Hari Kebangsaan 2020 di Hotel [email protected], Ipoh di sini hari ini.

12 wira negara terima penghargaan daripada Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Seramai 12 wira negara menerima penghargaan yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat negeri di sini hari ini.

Penghargaan berupa plak dan wang tunai itu diberikan kepada lima anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan mereka.

Keberangkatan baginda di majlis sambutan yang diadakan di Hotel [email protected] itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta beberapa ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan hadiah sempena Hari Kebangsaan 2020 melibatkan Pertandingan Sayembara Puisi Hari Kebangsaan Negeri Perak bagi kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Terbuka.

Turut disampaikan juga, hadiah Pertandingan Video Pendek Hari Kebangsaan Negeri Perak 2020.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan negeri membabitkan enam kategori iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kampung dan taman perumahan, bangunan kerajaan dan wasta, individu, pintu gerbang dan sekolah.

Kesemua pemenang diberikan hadiah berupa wang tunai dan plak penghargaan.

Dalam majlis itu juga, baginda turut menyampaikan Anugerah Pengiktirafan Khas Petugas Barisan Hadapan Covid-19 kepada enam agensi terpilih.

Penerima tersebut ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming mewakili Jabatan Kesihatan Perak; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng mewakili PDRM; Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Malek Razak Sulaiman mewakili ATM; Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman mewakili JBPM; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak; Kolonel (PA) Noor Azam Kamal mewakili APM dan Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Perak, Kamarul Idzham Kamal mewakili Rela.-K! ONLINE